18 Jun 2010

MUSIM SEKOLAH & PIALA DUNIA


Awang ingin merakamkan selamat kembali bersekolah buat rakan-rakan yg sudah 3 minggu bercuti bagi semester kali ini.Tampaknya para pendidik Bumi Kenyalang bertuah kerana cuti lebih awal jika dibandingkan teman-teman lain di Sabah atau Semenanjung Malaysia.Kebrtuahan menimati cuti panjang itu merupakan satu bonus amat berharga kerana bukan mudah untuk mendapat cuti sepanjang itu dlm keadaan sekarang.

Bermula 21 Jun akan bermula episod baru sesi persekolahan yg memungkinkan para pelajar dan guru-guru lebih bersiap siaga meletakkan para pelajar di persada yg sewajarnya.Tambahan pula pada masa inilah keputusan peperiksaan semester lepas bakal diumumkan.Sekali gus memberi ruang untuk mereka menilai kembali pencapaian yg sudah-sudah.Tuuannya tidak lain adalah untuk memberi peluang membaiki kelemahan sedia ada.Dalam masa yg sama merencanakan secara sistematik bagaimana untuk menghadapi peperiksaan yg lebih penting lagi.

Saat ini juga sudah ada dlm kalangan pelajar yg menamatkan pengajian sekolah menengah sudah menerima keputusan masing-masing sama ada ditawarkan melanjutkan pelajaran ke menara gading atau sebaliknya.Kepada yang berjaya kita ucapkan tahniah.Bagi yg tidak terpilih usah cepat berputus asa kerana peluang melanjutkan pelajaran ke menara gading masih terbuka andai kata kita bijak menggunakan peluang sedia ada.Kemudahan melanjutkan pelajaran di negara kita jauh lebih baik berbandiung dengan negara dunia ketiga yg lain.Khususnya di rantau sebelah ini.Jadi jangan disia-siakan peluang yg diberi.UNESCO turut mengiktrafkan sistem pendidik di Malaysia antara yg berkualiti di tahap dunia.

Kendatipun demikian pesta Piala Dunia 2010 yg masih berlangsung sekarang tentunya merencatkan lagi prestasi kehadiran para pelajar atau di kalangan sebilangan kecil guru-gurunya.Hal ini demikian apabila ada sebilangan pelajar yg menggunakan peluang ini untuk ponteng sekolah,terlibat dlm akiviti perjudian bola sepak yg melibatkan pertaruhan sejumlah wang,dan seribu satu macam ragam menjelang temasya berprestij ini berlangsung.Oleh itu ada juga yang kurang bermaya, mengantuk dlm kelas,kerja sekolah terabai apatah lagi yg sanggup menyorokkan diri dlm stor dan sebagainya.Kes ini sekalipun terpencil tetapi memerlukan pemantauan yg teliti agar tidak mendarah daging dlm masyarakat pendidik.

Awang kagum dengan beberapa orang rakan Awang yg kaki bola sanggup berjaga malam hari tetapi mampu mengajar dgn baik pada siang hari.Awang yg tidak tahan berjaga malam tentunya terasa teruja dengan ketahahan diri sebilangan Awang yg cukup power ini.Kadangkala Awang teringat akan nasihat seorang Ustaz semasa menyampaikan kuliah dalam satu majlis keagamaan di tempat Awang.Antara peringatan ustaz muda itu ialah "Kalau manusia tahu akan nilai solat tahajud yg dilakukan penuh ikhlas dan khsuyuk pada sebelah malam hari,tentu mereka akan berbondong-bondong melakukannnya seperti mana sibuknya kaki bola berjaga atau bangun dinihari semata-mata mahu menyaksikan pasukan idola masing-masing bertarung di gelanggang.




Realitinya apa juga yg berlaku di kalangan masyarakat sekarang ini tidak lebih daripada ragam manusia yg boleh dijadikan iktibar.Moga akan membuka minda kita untuk menilainya dengan bijaksana.Ingatllah kata cerdik pendai bahawa "Berfikir sejenak itu ibarat beribadat seribu tahun".Jadikan pengalaman silam untuk pendoman mendepani hari esok.


11 Jun 2010

MEMBINA MASYARAKAT PENYAYANG & KITA



Dua perkara yg menyebabkan Awang teruja untuk memperkatakan perihal membina sikap penyayang sebagai isu yg perlu diberi perhatian disebabkan gejala sosial dan vandalisme yg menjadi-jadi dlm kalangan remaja kita seakan-akan tiada titik noktahnya.Kes ragut,buang bayi,merosakkan harta awam mengisi angka statistik tertinggi sepanjang 5 bulan pertama 2010 seperti yg dilaporkan oleh Unit Luar sebuah universiti tempatan.Fenomena ini menggambarkan krisis nilai dan moral sebilangan masyarakat kita sudah di tahap yg amat menggerunkan andai kata kita sering beranggapan tidak apa.




Oleh itu bersandarkan usaha membina Masyarakat Penyayang yg pernah dikempenkan oleh kerajaan beberapa tahun yg lampau perlu dinilai semula agar lebih berkesan.Dlm kalangan guru perlu sebarkan usaha murni ini agar dipasakkan pemahaman awal akan perlunya amalan ini dijadikan sebagai satu cara hidup (way of life).Awang teruja memperkatakan perkara ini memandangan sikap seorang rakan Awang yg begitu rajin menderma buku-buku bacaan untuk sekolah dan para pelajar tanpa memperagakan diri.

Awang hanya tahu setelah rakan Awang ini kembali ke kampung asalnya.Rakan Awang seorang ini bujang telajak.Pendiam dan penggemar seni terutama puisi dan yang berbentuk sentimental.Awang mendapat maklumat daripada seorang bekas pelajar Awang yg dulunya Pengawas Perpustakaan.Awang terserempak bekas pelajar Awang ini di perpustakaan awam.Kebetulan Awang ingin bertanya pegawai perpustakaan yang sedang bertugas mengenai prosedur yg perlu dibuat kalau hendak menderm,a buku-buku bacaan atau apa-apa yang berkaitan dgn harta awam.Kedua-dua pegawai itu tersenyum sinis terhadap Awang.Maklumlah Awang bukan ada nama atau kedudukan mana mungkin layak menderma apa-apa.
Dipendekkan cerita bahawa rakan Awang tadi rupanya membeli sekian banyak buku ulang kaji para pelajar Tingkatan 5 dan 6 selama dia mengajar di sekolah Awang.Awang kagumi sifatnya yang banyak berkorban untuk sekolah tetapi selama dia bertugas di tempat Awang,dia dikatakan pendiam tidak berminat dgn kerja sekolah serta menyendiri di perpustakaan.Namun di sebalik tohmahan tidak berasas itu Awang terperanjat apabila bekas pelajar itu memberitahu yg rakan Awang itulah yg menyumbangkan sebahagian besar buku di red spot dan berkaitan dgn subjek yg satu itu.
Awang teruja lagi kerana dia turut menyara dua orang pelajar miskin hingga ke menara gading.Nama pelajar itupun ada diberikan kepada Awang.Cuma selama ini dirahsiakan daripada umum.Keadaan ini amat menginsafkan Awang betapa jika kita iklhas kita beramal Allah akan balas dengan ganjaran yg di luar pemikiran kita.Moga rakan Awang yang satu ini sudah berumahtangga dan diberkati Allah kehidupannya.Cuma Awang masih ingat hujung namany sebagai Cikgu Sobri dan ada pertalian dengan salah seorang anggota kumpulan Kopratasa yg sudah meninggal satu ketika dahulu.
Alangkah manisnya andai kata sekian banyak orang bersikap penyayang dan prihatin seperti rakan Awang ini.Awang pula cuba-cuba belajar sesuatu daripada sikap rakan Awang yang luar biasa baik ini.Sekarang Awang mulai faham siapakah yg sering beberapa buah buku motivasi untuk perpustakaan sekolah Awang tanpa alamat pengirimnya.Moga Allah balas budi baik saudara yang budiman dan penyayang ini.
Secara andaian dalam pemikiran Awang bahawa kalau sekian banyak orang yang seperti Cikgu Sobri tentu perpustakaan awam akan dibanjiri sekian banyak buku yg boleh ditatap oleh orang ramai.Buku merupakan sumber maklumat yg tidak pernah kering dan lapuk.Melalui buku kita mencandui hasil karya penulisnya yang mungkin menjadi idola kita.Dengan cara ini kita membantu kerajaan membina kemudahan awam kita secara tidak langsung memanfaatkan kewujudannya dengan penuh bijaksana.Moga tulisan ini menjadi iktibar buat Awang dan mereka yang mengerti apa sumbangan kita buat negara dan masyarakat?

04 Jun 2010

MASA DAN KITA


Awang teruja menulis tentang masa dan kita pada kali ini ekoran banyak yang tertanya-tanya akan cara kita mengisi masa dengan bijaksana.Ada ungkapan mengatakan "Masa Itu Emas".Dgn kata lain masa itu amat berharga.Sekarang ini rata-rata mula sibukkan diri kerana masa bercuti sering dimanfaatkan oleh kebanyakan orang dengan pengisian yang berbagai-bagai ragam.Ada yang menzaiarahi saudara mara terdakat,ada yang melewat tempat-tempat bersejarah dan tidak kurang yang melakukan kerja sampingan bagi mendapatkan dana yang lebih.

Sewaktu cuti persekolahan bermula Awang terserempak dgn rakan sekelas Awang dalam era 70-an.Orangnya masih segak,berkaca mata dan pakaiannya boleh tahan juga.Raut wajahnya membayangkan dia dalam kondisi yg amat menggembirakan.tiada bermasalah dan telefon bimbitnya juga berjenama mewah.Dgn senyum simpulnya dia menyapa Awang yang kebetulan baru sahaja mengambil tempat duduk kerana ruang yang ada terhad.Kami diketemukan dalam satu majlis meraikan perkahwinan anak rakan sekelas Awang juga yang baru berusia 25 tahun.
Selesai menjamu selera Awang sempat berborak-borak dgnnya yang kaya dengan idea yang bernas dan terlalu skema orangnya.Hatta hadir ke majlis ke perkahwinan pun dia sempat promosikan produk jualan di kios di sebuah pusat membeli-belah yang tidak asing di sekitar tempat Awang.Malah beberapa kali panggilan hpnya condong kepada soal bisnes.Awang terasa dia seolah-olah mengejar masa yang dikatakan amat berharga itu.

Awang teruja kerana rakan Awang yang seorang ini bukan sahaja seorang pendidik tetapi juga seorang usahawan,penulis buku novel dan paling mengagumkan Awang tukang nasihat majlis-majlis rasmi yang dianjurjan oleh mana-mana badan belia atau politik di kampungnya.Sekali lagi Awang teruja apabila dia memberitahu Awang yang dia sedang carikan dua orang lepasan SPM yang boleh menjaga stallnya di pasar malam.Semua ini dilakukannya atas prinsip kebijaksanaan memanfaatkan masa semaksimum mungkin akan menghasilkan pulangan yang lumayan asalkan bijaksana dan penuh strategik.Awang terpana seketika kerana sehingga ke hari ini belum berupaya menghasilkan sebuah buku atau novel walaupun pernah menulis cerpen.Alangkah malangnya Awang dalam soal menguruskan masa berbanding rakan Awang yang satu ini.