19 Oktober 2011

DUNIA & KITA

ASSALAMUALAIKUM WMTH buat rakan-rakan yang mengenali saya.Sudah lama saya tidak berkesempatan menulis dan merakamkan pengalaman untuk dikongsikan bersama.Jerih payah hidup ini banyak mengajar erta kehidupan dan tuntutan yang perlu diambil kira.Sekarang saya teruja mengambil kira beberapa perkara yang rasa boleh kita kongsikan bersama.Persoalan hidup dan kehidupan banyak mengenal kita tentang tanggungjawab dan tuntutan yang perlu kita penuhi.Sejauh manakah kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diperintahkan.Masih banyakkah larangan yang kita lakukan sama ada disedari atau tidak.Yang lebih memeritkan sudah banyakkah amalan yang bakal kita bawa untuk satu perjalanan yang masih jauh.Haikat hidup dan sebuah kehidupan ini memang ada digariskan dalam Al Quran dan Al Hadis.Tinggal lagi kita masih terkial-kial dan tidak ambil peduli memandangkan kita belum melalui detik-detik yang memeritkan itu.
Sebagaimana yang dinukilkan dalam suar Al Asri bahawa sesungguhnya manusia itu semuanya dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan saling berpesan dengan kebenaran dan ingat mengingati antara satu dengan yang lain.Oleh itu masih kita tidak yakin dengan apa yang diungkapkan oleh Allah SWT.Tambahan pula gaya hidup kita pada masa ini yang sibuk dilalaikan oleh hiburan murahan,pengaruh teknologi yang memuncak dan tekanan hidup yang pentingkan kebendaan dan wang ringgit.Sekali gus agama di kesampingkan demi memenuhi tuntutan hawa nafsu kita yang tidak pernah puas.Jadi ke mana hala tuju kita yang perlu kita fokuskan?Ke mana sudahnya titik noktah perjalanan kita.Adakah kita sudah bersedia untuk semua itu?