02 Mac 2010

SENJATA DIRI PENDIDIK


Assalamualaikum Wmth,
Dalam membicarakan kerjaya sebagai seorang guru sekali gus pendidik Awang banyak kali diberi peringatan oleh rakan sejawat hatta oleh guru-guru Awang yang sudah lama meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru rasmi.Antara peringatan yang disampaikan oleh mereka ialah perihal senjata untuk menjadi pendidik sejati.Seorang guru Awang yang baru Awang ziarahi kerana sakit dalam keadaan tenang masih memberi peringatan kepada Awang agar jangan lupa akan sifat sabar merupakan antara senjata pendidik yang amat berkesan dan banyak hikmah-Nya.Dalam kita mendepani karenah 1001 macam perangai anak didik kita perlu bijaksana terutama sewaktu membuat hukuman ke atas anak didik yang membuat kesalahan.Dalam pengamatan beliau selama lebih 32 tahun berkecimpung dalam arena pendidikan,ramai guru bertindak atas perkiraan marah dan sakit hati.Kesannya anak didik diberi hukuman bersandarkan hawa nafsu dan di luar perkiraan yang bijaksana.Akhirnya matlamat untuk mendidik anak murid tadi tersasar jauh daripada matkat asal sehinggakan timbu perasaan dendam kesumat terhadap guru dan keluarga pelajar tersebut.

Dalam situasi yang begini pelbagai permasalahan lain timbul termasuk tuduhan terhadap guru berkenaan sebagai gila,kurang waras dan tidak layak untuk menjawat jawatan guru.Awang amat sedar akan trend masa kini yang menuntut kesabaran yang amat tinggi dalam diri seorang pendidik.ESQ perlu mencapai piawai yang maksimum sebelum anda diuji sebagai guru yang sejati.Keletah anak-anak sekolah yang semakin nakal dan kurang ajar kian naik tocang apabila sebilangan ibu bapa yang tumpang sekaki membela anak mereka membuta tuli.
Realiti dlam diri seorang guru harus ada nilai keyakinan diri yang tinggi,bijaksana dan tidak mudah gabra jika tertekan.Awang masih ingat akan pesanan guru Awang yang seorang ini dengan penuh yakin dia mahukan kita belajar menjadi seorang yang penyabar.Orang yang paling sabar dalam kalangan hamba-Nya ialah Nabi Muhammad SAW.Walau dihina,dimaki dan didera dengan balingan ketul-ketul batu baginda masih sempat mendoakan yang terbaik buat umatnya.Jadi sejauh manakah tahap kesabaran kita berbanding banginda sebagai idola dan personaliti yang tidak dimakan oleh zaman.Jadi nikmat sabar itu hanya boleh dikongsikan dalam kalangan mereka yang sudah teruji tahap kualiti kesabaran mereka.