29 Mei 2010

MUSIM CUTI DAN BUKU


Awang rasa tentu banyak yang gembira apabila cuti persekolahan bagi Sarawak dan Sabah pada kali ini agak panjang sedikit iaitu mencecah 3 minggu disebabkan perayaan Musim Menuai Pesta Keamatan dan Gawai Dayak.Awang menggunakan kesempatan cuti hujung minggu untuk melilau di premis jualan buku
.Awang bersyukur kerana di tempat Awang yang selama ini sukar mendapatkan buku terkini di pasaran mulai dibanjiri buku yang meletup di pasaran nasional seperti Mengemudi Bahtera Perubahan Minda,Bicara Buat Pemimpin & Rakyat karya Dr Maza,Minda Muslim Super karya Dr Danial Zainal Abdidin,Wajah Baru Politik Malaysia tulisan Mujahid Yusof sekadar mengetengahkan beberapa nama besar dalam penulisan buku isu semasa dan bersifat separa ilmiah.Memang banyak lagi nama besar yang boleh dikaitkan dengan penulisan begini seperti Dr Tuah Iskandar Al haj,Dr Fadhillah Kamsah,SH Al Attas,Allahyarham Rustam A Sani.Setiap penulis mempunyai seni penulisan tersendiri bagi memikat audiens dengan persembahan yang pelbagai corak sehingga kita teruja untuk menamatkan bahan bacaan itu secepat mungkin.

Buku-buku yang Awang sebutkan di atas bukanlah baru diterbitkan.Awang lama teringin hendak dapatkan buku tersebut di pasaran tempatan tetapi sukar sehingga perlu dibuat pesanan dari Kuala Lumpur namun yang menjadikan Awang gila mengulangi bacaan itu lantaran penerbitan berulang kali.Misalnya karya Dr Danial dikatakan paling kurang 20,000 naskah cetakan pertama dan paling tidak sampai penerbitan kali ke-9.Dr Danial dikatakan antara penulis buku separa imliah dan bermotivasi yang cukup gah kerana isi karyanya menggunakan pendekatan disiplin sains dan Al Quran.Karya beliau Al Quran Dan Sains dikatakan dicetak kali kesembilan pada tahun 2010 mencecah jualan lebih 35,000 naskhah.Manakala 7 Formula Individu Cemerlang mencecah jualan sekitar 48,000 naskhah satu rekod yang setanding dengan penulis antarabangsa.Mungkin ini rezeki beliau sekalipun kegilaan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini belum berupaya menandingi masyarakat di negara-negara maju terutama Jepun,Amerika Syarikat,Britain,Norway dan lain-lainnya.

Sebenarnya ada nama lain yang boleh disinonimkan dengan pencapaian Dr Danial dalam konteks Malaysia iaitu Dr Rusly Abdullah yang mula menonjolkan diri menerusi karyanya Jutawan Senyap dengan jualan 20,000 naskhah cetakan pertama dan kini sudah diterbitkan kali keempat manakala buah tangan terkini beliau Orang Kaya Beriman baru sahaja mencecah 28,000 naskhah sewaktu Awang menyemak rekod pencapaian penulis tanah air.

Awang kongsikan maklumat ini sekadar untuk membuka minda dan mengajak rakan-rakan yang kaki buku agar menggunakan kesempatan cuti begini untuk menzaiarhi premis buku dan membaca,Bukankah dengan membaca itu akan membuka minda kerana Membaca Itu Jambatan Ilmu.Agama Islam mula diwahyukan pun dengan surah iqraq yang mengajak Nabi Muhammad SAW agar membaca.Moga cuti ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan menambahkan ilmu.Kata bijak pandai"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun".

21 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Awang masih tergniang-ngiang akan tema perayaan Hari Guru yg diadakan setiap tahun.Realitinya perayaan Hari Guru merupakan satu manifestasi yg digunakan untuk menghargai jasa dan sumbangan guru dlm usaha mendidik anak bangsa.Sekali gus sebagai pembina masa depan generasi muda yg ada hubung kaitnya dlm membina pembangunan negara.Ini adalah kerana di tangan pendidik terletak acuan yang mencorakkan masa depan anak didik agar benar-benar dapat membantu mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia.

Kendatipun demikian tuntutan budaya kerja hari ini yg tampak mengasak pendidik agar lebih kreatif dan inovatif sekali gus menenggelamkan digniti guru sebagai golongan yang amat disanjung suatu ketika dahulu.Guru dilihat sebagai orang yang besar peranannya dalam masyarakat.Guru dianggap idola yang dikatakan bayangan pemimpin kerana guru serba boleh dlm banyak perkara.Fenomena guruisme ini amat ketara melonjak dlm era 70-80-an tetapi selepas itu setelah sekian banyak golongan profesional,teknokrat,usahawan,koprat dan ahli politik dilahirkan sekali gus menengelamkan peranan guru.Guru dilihat sebagai kelas ketiga yg tampaknya tidak menjanjikan apa-apa pulangan yg menarik.Kerjaya guru merupakan "pilihan terakhir" kerana sekian banyak kerjaya yg dipohon gagal dipikat.

Apapun yg menariknya keperihatinan kerajaan terhadap guru masih belum luntur.Kerjaya guru masih dipandang mulia.Pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanakan bagi memartabatkan bidang keguruan agar dipandang tinggi oleh masyarakat.Inilah yang perlu disyukuri oleh warga pendidik.Tambahan pula acap kali kerajaan berusaha menambah baik kedudukan golongan pendidik melalui pelbagai pendekatan.Terima kasih sekali lagi kta ucapkan buat kerajaan.

Bagaimanapun dlm usaha mengetengahkan tema yg diungkapkan setiap tahun peranan guru perlu lebih ke depan dan proaktif.Di samping memiliki keperibadian yang tinggi guru perlu lebih kental,bijaksana dan sabar dlm melaksanakan tanggungjawab tanpa mengambil kira ganjaran.Usaha dan dedikasi yang mantap pasti dibayar oleh ganjaran yang jauh lebih bermakna seperti kepuasan diri dan diberkati-Nya.Namun berapa ramai guru yang jenis ini dapat dizahirkan dlm konteks masa kini?Lebih menyedihkan karenah sebilangan guru yg terbabit dgn gejala sosial yg menjijikkan tentu merosakkan imej guru di mata orang lain.Oleh itu begitu besar cabaran guru jika dibandingkan dengan tuntutan masyarakat.Semoga semua ini menjadi iktibar dan pedoman buat guru-guru yang sedia ada.Jangan nanti kerana nila setitik rosak guru sebelanga.Peribahasa ini amat sinonim dgn situasi masa kini.

Masyarakat tidak adil untuk meletakkan setiap kesalahan di bahu guru-guru.Guru bukan malaikat atau abid yang dianggap serba serbinya bersih.Sudah sampai masanya kita bina mentaliti sihat agar guru-murid-masyarakat dilihat pelengkap antara satu dengan yang lain.Dengan cara inilah tema Hari Guru mampu dicerna dengan jaya kalau betul caranya.Jadi hargailah usaha guru-guru agar mampu menjadi pembina negara bangsa seperti yang dicita-citakan.

Kata Usman Awang kita seperti hari ini segalanya bermula daripada seorang guru.Guru pembina negara bangsa matlamat kita bersama.Selamat Hari Guru 2010.

18 Mei 2010

MINDA SUBSIDI & SIKAP KITA

Askm dan salam sejahtera kepada anda yg sudi membaca catatan peribadi Awang yang tidak seberapa ini.Awang beberapa hari yang lalu masih teringat akan satu insiden yang di luar pemikiran Awang.Keadaan ini ada kaitan dgn teguran bekas PM kita Tun Dr Mahathir Mohammad perihal minda subsidi dan mentaliti kita orang Melayu.Walaupun pada zahirnya bukan semua orang Melayu begitu.Namun di peringkat bawahan rata-rata meletakkan tanggapan kebergantungan yg tinggi terhadap bantuan kerajaan dlm semua perkara.Pengalaman ini Awang cedok dpd perbualan dgn orang kebanyakan,ibu-ibu tunggal,ibu bapa dari pedalaman dan sebilangan besarnya kelompok marhain yg tidak berpendidikan tinggi.
Teguran Tun Mahathir agar org Melayu jangan terlalu bergantung harap terhadap tongkat bukan perkara yg baru.Pemikir dan cendekiawan Melayu seperti Zaaba,Dr Burhanuddin Helmi,Prof Syed Huseein Al Attas dlm bukunya "Mitos Peribumi Melayu Malas"pernah menyanggah sikap segelintir cerdik pandai Melayu yg masih mengharap semuanya daripada kerajaan.Ini termasuk dalam soal persekolahan anak-anak,buku-buku latihan,pembinaan surau dan seumpamanya.Jika ditegur demikian asyik-asyik kita menuding jari kepada kerajaan sebagai tidak adil.Kerajaan rasuah.Kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat secara total dan seribu satu macam masalah yang semua dikatakan daripada salah kerajaan.
Berbalik kepada kisah yang Awang hendak paparkan ini ada kaitannya dgn sikap minda subsidii sebilangan masyarakat kita.Ibu yg beranak dua dan suaminya buruh di sebuah kilang papan ini marah-marah kerana anaknya belum dpt bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin (KWAPM).Dgn nada tinggi ibu muda menghentak meja Awang sambil mengherdik "Kalau sampai hari ini anak saya tak dapat bantuan wang KWAPM macam mana anak saya hendak sekolah?"di tangannya tergenggam telefon bimbit jenama Nokia yang Awang kira harganya tidak kurang daripada RM800.Beberapa hari sebelum itu ibu muda ini pernah menefon Awang bertanya hal yang sama.Awang acap kali minta ibu muda ini ke sekolah dan berjumpa dgn orang diberi tanggungjawab menguruskan perkara tersebut.Alasannya dia belum ada masa.
Dipendekkan cerita ialah pakaian ibu muda ini bukan main mahal.Ada hp tetapi dlm soal urus perbelanjaan anak yang cuma 2 orang asyik harapkan kerajaan.Suaminya bergaji sekitar RM800 itu sebenarnya lebih daripada mampu andaikata ibu muda ini bijak memilih keutamaan dalam hidup.Wang KWAPM harus disimpan untuk hari muka kalau-kalau anaknya berjaya ke menara gading.Tidaklah mengharapkan kerajaan lagi untuk dapatkan wang muka kemasukan ke universiti.Namun apabila Awang fikirkan teguran Tun Mahathir dulu memang ada kebenarannya akan minda susbidi dengan sikap orang melayu.
Hal yg sama andai kata masyarakat Melayu yg sudah berjaya menggembeleng tenaga membina surau,kemudahan perpustakaan dan lain-lain keperluan asas yg oleh dijadikan amal untuk akhirat.Dgn cara ini kerajaan hanya menyalurkan perkara yg lebih besar dan menguruskannya masyarakat itu sendiri.Oleh itu perasaan kekitaan dan kepunyaan itu akan lebih dirasai daripada sesuatu yg segala-galanya percuma.Lihatlah apa jadi dgn yuran peperiksaan dan buku teks.Kesan jangka panjangnya kurang membina daya saing dlm diri remaja dan masyarakat kita.Oleh itu siapa yang perlu dipersalahkan lagi jika sifat manja itu mendarah daging dan berakar umbi dlm diri kita.

13 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Assalamualaikum Wmth.Terlebih dahulu Awang ingin memanjat syukur yg teramat sangat kerana masih diberkati Allah SWT.Lebih Awang syukuri ialah nikmat usia yg panjang dan kini diketemukan di udara dgn beberapa orang rakan sekelas sewaktu sekolah menengah dulu di samping berkesempatan berbual dgn guru saya sewaktu di sekolah menengah dahulu sekitar era 1980-an dahulu.
Awang masih ingat guru seperti Cikgu Khalid,Markonah dan Zabidi,Cikgu Said,Cikgu Mat dan ramai lagi yg banyak memberi perangsang untuk saya depani hidup ini dengan cekal dan tabah.Jasa guru-guru saya ini tidak akan saya lupakan.Moga Allah murahkan rezeki dan panjangkan usia serta sentiasa dalam berkat-Nya.Kepada yang sudah kembali ke rahmatullah saya doakan agar ditempatkan dalam kalangan roh orang yang soleh.Al Fatihah buat mereka dan teman-teman Awang.
Perayaan Hari Guru terutama menjelang 16 Mei tetap menjadi ingatan bagi Awang.Guru merupakan pelita hidup.Status apa pun kita semuanya atas jasa bakti dan didikan guru-guru kita.Bertuah buat mereka yang sudi menghargai jasa guru-guru mereka.Jasa guru amat besar makna dalam kehidupan.Oleh itu banyak pihak memberi pendapat hidup akan lebih berkat jika kita bijaksana dalam menghargai jasa guru.
Profesion ini ternyata amat luar biasa cabarannya.Dalam era IT dan dunia informasi tanpa sempadan ini guru diberi tekanan daripada pelbagai sudut.Guru bukan sahaja mengajar tetapi pelayan,tukang kebun,tukang kawal keselamatan dan menjadi amah di kalangan ahli masyarakat.
Ekoran itulah ramai lelaki pobia hendak jadi guru.Awang masih bersemangat kental.Orang seperti Awang masih berasa bangga dengan kerjaya ini kerana bakti serta jasa yang ikhlas hanya Allah SWT yang dapat menghargainya.Justeru itu Awang ucapkan Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik sama ada sudah bersara atau masih mengajar.

08 Mei 2010

TINGKATAN ENAM & PRE UNIVERSITI


Awang ingin mengucapkan selamat melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam rendah untuk barisan SPM 2009 yg mungkin gagal ditawarkan masuk ke mana-mana pusat pengajian tinggi awam bagi pengajian diploma.Awang amat menghargai mana-mana pelajar yg sanggupmenggalas tawaran ke tingkatan enam rendah bagi merealisasikan impian mendapat tempat sebagai mahasiswa dua tahun dari sekarang.Ini adalah kerana cabaran dan halangan yang perlu dilalui semasa belajar dlm tingkatan enam akan memberi pengalaman yang luas buat mereka.Keadaan ini ditambah oleh sukatan pelajaran yg baru,masa belajar yg lebih lama dengan gera kerja kokurikulum yg mendedahkan mereka dgn pengalaman baru tentunya akan memberi manfaat yg besar jika mereka ditawarkan kemasukan ke mana-mana IPTA selepas ini.
Awang cakap begini kerana pengalaman masuk ke tingkatan enam bukan sahaja memberi nafas baru buat pelajar yang memerlukan pendedahan yg lebih luas akan kaedah belajar sekolah menengah tinggi.Lebih baik lagi, jika pengalaman itu akan diguna pakai semasa di universiti nanti.Perlu diingat kepada semua pelajar yg masuk ke ting enamagar tidak mudah lupa diri dan syok sendiri seolah-olah itulah saat untuk berbulan madu wah hal wkatu itu perlu digunakan sebaik yg mungkin menambah ilmu dan mengorek sebanyak mungkin pengalaman seagai persiapan memasuki menara gading.

Seingat Awang gerak kerja kolokium pula akan didedahkan sebagai satu cara memberi pengalaman awal buat mahasiswa tingkatan enam ini belajar mengendalikan isu semasa,menyediakan kertas kerja serta berhujah pendapat secara tuntas lagi bernas.Peluang ini jarang diberi sewaktu dalam tingkatan lima akibat kekangan masa dan bilangan pelajar yg agak ramai untuk satu-satu kelas.

Dengan cara ini tempoh setahun lebih dalam tingkatan diharap memadai untuk menyediakan diri mereka memenuhi tuntutan diri sebagai mahasiswa sewaktu di menara gading kelak.Awang cuma hendak ingatkan kepada golongan ini lebih peka,kteatif dan inovatif mendepani situasi belajar dalam tempoh yg agak singkat itu.Sedangkan pada masa yang sama terlalu banyak sukatan pelajaran yg perlu diselesaikan.Lebih mencabar lagi mereka tentu berdepan dengan gerak kerja luar dengan kertas kerja yg lebihmencabar cara penyediaannya.
Oleh itu manfaatkan semua peluang sedia ada termasuk internet,bahan bacaan cetak atau elektronik sebagai pelengkap bahan pelajaran yang membantu meningkatkan prestasi akademik nanti.
Kendatipun demikian persiapan diri perlu lebih mantap agar emosi,mental dan fizikal dapat diolah sebagai persediaan selepas memasuki gerbang menara gading nanti.Perlu diingat golongan yang memasuki universiti semakin meningkat jumlahnya saban tahun.Jika tiada persiapan yang rinci dan komited timbul kebimbangan di hati kita akan kualiti graduan yang dihasiilkan gagal memenuhi piawai yg ditetapkan.Keadaan ini tentu akan memberi impak besar terhadap masa depan negara apa lagi bidang pelajaran di negara ini di mata masyarakat luar.
10hb Mei tentu hari amat bermakna buat mereka yg layak ditawarkan ke tingkatan enam rendah musim ini.Laluilah tempoh orientasi secara bijaksana dan manfaatkan semua taklimat yg diberi dengan sungguh-sungguh kerana masa rehat sudah lama berlalu.Ingatlah masa depan yang akan anda hadapi akan dicorkkan mulai hari ini.Selamat meneruskan pengajian ke tingkatan enam rendah dan tahniah buat anda semua.

07 Mei 2010

JASA GURU DAN PENGHARGAAN


Minggu ini Awang terasa amat gembira dan bersyukur kerana sehari dua ni berkesempatan diketemukan dgn kawan-kawan lama Awang semasa di alam persekolahan sekitar 30 tahun yang lampau.Awang terasa sebak apabila terbaca mesej sesetengah daripada rakan atau guru Awang sudahpun kembali ke rahmatullah.Namun Awang tetap teringat akan jasa bakti dan sumbangan baik mendidik atau membimbing Awang menjadi seorang insan yang sempurna.Namun tidak dinafikan bahawa dalam mencari kesempurnaan itulah Awang seringkali terharung onak duri kehidupan.Pahit maung dan gembira duka menjalani kehidupan terasa sesuatu yang manis untuk dijadikan bahan penulisan atau catatan sebagai renungan insan yang lain.

Kebetulan bulan ini merupakan bulan yang amat bermakna bagi golongan guru.Awang teringat guru-guru Awang yang tidak terkira banyak jumlahnya.Daripada cerita yang Awang dengar ramai yang sudah berubah kehidupan mereka.Ada yang berjaya tidak kurang yang gagal akibat pelbagai cabaran hidup yang tidak pernah susut.Lumrah alam dan fitrah kemanusiaan.Kebetulan seorang guru Awang tiba-tiba menghubungi Awang pada suatu malam.Kebetulan Awang cuba menghungi beliau sebelum ini kerana bagi Awang lebih molek kalau seorang murid hubungi gurunya.Jadi dalam sibuk-sibuk Awang mendapatkan maklumat yang lainnya guru Awang tadi menelefon Awang.Kami tidak pernah berjumpa selepas Awang menamatkan persekolahan Awang semasa tingkatan 5 lagi.

Awang amat gembira kerana sebagai murid kalau seorang guru menghubungi kita terasa tersentuh kerana jasa guru perlu dihargai.Awang amat menghormati semua guru Awang.Semoga Allah SWT membalas jasa baik mereka dalam mendidik Awang dahulu.Lebih Awang ingat kerana pengorbanan mereka juga menjadikan Awang amat insaf betapa sukarnya menjadi guru pada era ini.Doa Awang agar dapat diketemukan sebahagian daripada mereka yang selama ini tidak pernah jemu mengajar Awang agar mencari ilmu dengan sabar dan tekun.Moga guru-guru ini dirahmati Allah SWT sepanjang hayat.Selamat meraikan Hari Guru yang bakal menjelang 16 Mei ini.

05 Mei 2010

JEJAK KASIH & SIRATULRAHIM


Assalamualaikum Awang ucapkan buat teman-teman yg mungkin terbaca catatan Awang yg singkat ini.Pagi tadi sewaktu Awang memandu ke sekolah tiba-tiba Awang dihubungi teman persekolahan Awang kira-kira tiga dekad yang lalu sewaktu Awang dalamTingkatan Enam.Pengalaman tinggal di asrama dan dibesarkan oleh nasi kawah memberi pengalaman yg amat luas buat Awang dan rakan-rakan.Ketika itu Awang berada di Kuala Kangsar,Perak dan menuntut di SM Bukit Mercu bersebelaham SM Raja Muda Musa.Teman Awang ni kira junior dan beruntung hasil kerajinan dan ketekunannya dia kini bertugas dengan salah sebuah Syarikat Pengeluar Ptroleum yang cukup gah di peringkat antarabangsa.Awang bersyukur kerana dihubungi oleh teman Awang yg begitu prihatin akan erti persahabatan dan tali siratulrahim ini menguggah minda Awang agar menjaga adab persahabatan seperti yang dicanangkan oleh agama Islam.

Awang acap kali terbaca peringatan oleh penulis agama yang bercerita perihal bagaimana hendak panjangankan umur & murahkan rezeki.Antaranya ialah mengekalkan tali siratulrahim antara sesama muslim.Nabi menggalakkan umatnya berbaik-baik sesama insan adalah amata dituntut oleh agama.Malah dalam satu hadis diriwayatkan bahawa antara golongan hamba Allah ini sebenarnya ada tiga kesemuanya.Pertama orang yang terkenal di langit.Kedua yang terkenal di bumi.Mana kala kumpulan ketiga ialah yang terkenal di bumi dan di langit.
Oleh itu ustaz menjelaskan kepada Awang mereka yang dikatakan golongan terkenal di langit itu ialah golongan abid yang kuat ibadat dan elakkan diri daripada terlibat dgn amalan maksiat kepada Allah.Mereka dikenali dlm kalangan mahkluk Allah di langit dan di kalangan malaikat lantaran ibadatnya yang amat luar biasa hebatnya.Misalnya solat malam dan amalan zikir.
Golongan kedua pula adalah antara mereka yang cukup banyak kenalan di kalangan makhkluk Allah SWT di alam maya ini.Hubungan mereka dijaga dengan baik.Penuh tertib dan ringan tulang untuk membantu jika diminta.Pendek kata ke mana sahaja pergi sudah pasti dikenali ramai.Namun di kalangan makhluk di langit atau malaikat agak jarang diketahui lantaran masih melakukan amalam maksiat.Dosa pahala masih bertumpang tindih.Sekali sekala baru solat apa lagi hendak mengerjakan solat malam atau berzikir.

Mana kala golongan ketiga ini merupakan mereka yang menjaga amalan ibadat dengan mengekalkan pertalian siratul rahim sesama insan.Golongan ini agak sederhana dalam serba serbi tetapi tekal dgn amalan soleh,puasa sunat dan kuat berzikir serta solat sunat atau solat malam.Justeru mereka yang dalam golongan ini dikenali juga oleh golongan malaikat yang sentiasa membantu mendoakan kesejahteraan hamba jenis ini.Malah kalau golongan ini sampai ajalnya pintu langit akan terbuka luas.Liang lahad tersedia indah dengan iringan mahkluk di langit dan makhluk di bumi.

Oleh itu apabila ditanya kepada Rasulullah golongan manakah yang mendapat perhatian-Nya.Jadi rasul pun memberi jawapannya ialah golongan ketiga.Oleh itu apabila sdr Yusri teman sepersekolahan Awang lebih tiga dekad yang lalu itu menghubungi Awang tentu Awang tumpang gembira yang teramat sangat.Moga diketemukan satu hari kelak.Jadi hubungilah Awang jika tidak berkesempatan memadai SMS je!Amin.

01 Mei 2010

REZEKI & TAKDIR

Lebih seminggu Awang tidak berkesempatan mengemaskinikan blog Awang.Hal ini demikian kerana beban kerja yang menggunung dan ditambah oleh sebab lap top Awang yang meragam akibat serangan virus.Awang terasa kekurangan sesuatu perkara yang amat memilukan apabila terkenang akan sikap segelintir teman Awang yang terlupa nikmat Allah SWT.Hal ini demikian apabila keluhan demi keluhan terpancut daripada mulut mereka dengan masalah di tempat kerja diikuti beban kerja yang dikatakan tidak pernah susut.Bagi Awang banyak perkara yang Awang kena fikirkan.Pertama apa yang kita buat sekarang merupakan ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk menilai sejauh manakah kejujuran kita dalam menghadapi ketentuan-Nya.
Guru-guru Awang selalu ingatkan Awang agar bersyukurlah dengan apa yang ada.Ini adalah kerana rezeki dan umur yang Allah berikan merupakan ujian yang perlu kita tekuni dengan sabar.Kita acap kali memberitahu seseorang agar sabar jika ditimpa musibah atau kecelakaan.Namun apabila soal rezeki pendapatan yang kita terima kebanyakan sering mencari jalan untuk menghalakan perasaan tidak puas hati dan geram itu terhadap orang lain.Misalnya seorang rakan Awang yang sudah lebih 5 tahun diberi jawatan sebagai PK sekolah tempat dia bertugas marah-marah sambil mengatakan kerajaan tidak adil kerana enggan melantiknya ke DG 44 sedangkan dia sudah selayaknya menerima jawatan tersebut bersandarkan senioriti dan kedudukannya.Kemudian seorang lagi kawan Awang yang enggan meneruskan kerjayanya sebagai guru kelas atas alasan dia sibuk meneruskan pengajiannya di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan.
Pada kawan Awang yang pertama,seringkali Awang jelaskan kepadanya apa yang dia hadapi sekarang ialah ujian daripada Allah SWT.Belum rezeki untuk melayakkannya diberi kedudukan DG44 mungkin sebagai satu cara Allah meningkatkan darjat keimanannya.Awang katakan kita hidup ini jika sakit atau susah itu ujian.Jika senang dan kaya diberi juga satu ujian.Barang diingat kita lahir ke dunia pun tidak ada apa-apa yang kita bawa.Kembali ke pangkuan Illahi pun kita hanya dibekalkan kain putih jenama pun tidak pasti.Namun tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya sekarang merupakan amanah yang amat besar yang akan disoal oleh Allah SWT hari nanti.Dua perkara yang akan kita depani pada hari akhirat nanti iaitu hisab atau diazab?
Rakan Awang kedua Awang jelaskan bahawa Core Busines kita ialah mengajar.Soal melanjutkan poelajaran itu pilihan kita.Kerajaan tidak paksa.Kalau merujuk kepada amanah sebagai pendidik mengajar dan menunaikan kerjaya yang kita pilih itulah yang betul.Kemudian soal meneruskan pelajaran adalah perkara lain kerana peribadi sifatnya.Jika begitu tindakan kamu,bererti kalau saya ada masalah peribadi di rumah maka bolehkah saya beri alasan bahawa saya tidak mengajar hari ini kerana tadi saya bergaduh dengan jiran saya.
Awang hendak ingatkan diri Awang agar jangan lupa dua perkara jika hendak berasa selamat di dunia ini.Pertama takdir Illahi.Keduanya rezeki yang diberikan oleh Allah untuk kita laksanakan dengan bijaksana dan penuh keseyukuran.Dengan cara ini kita akan tenang dan aman tanpa mengangkut hal lain yang di luar kawalan kita.