27 Februari 2010

ANTARA GURU & PENDIDIK


Assalamualaikum Wmth,
Apa khabar teman-teman dan rakan pendidik dan guru-guru?Dua perkara yang menarik dibicarakan teman-teman buat masa ini ialah keputusan STPM dan perayaan Muaulidur Rasul 1431 Hijrah.Awang teringat akan zaman Awang masih bersekolah.Time nilah amat mendebarkan dan penentuan sama ada berpeluang meneruskan pengajian ke menara gading atau sebaliknya.Namun Awang lebih insaf mengenang saat kita ghairah meraikan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar kita terasa ada sesuatu yang tidak kena kepada para pelajar yang tidak menonjol pencapaian akademik mereka.Nasib para pelajar yang tidak berjaya dalam akademik bukanlah petanda masa depan mereka gelap atau peluang untuk berjaya tertutup terus.Hal ini mengingatkan saya pada pertemuan saya dengan peringatan bekas guru Awang.Beliau bukan sahaja guru yang berjiwa pendidik tetapi tanggungjawab untuk menyampaikan amanah Rasullah SAW tidak pernah susut sekalipun berada di atas katil dalam keadaan sakit.
Menjadi guru dan pendidik ada bezanya.Jiwa pendidik seboleh mungkin sentiasa membentuk diri seseorang pelajar menjadi insan berguna untuk masyarakat di samping menyebarkan ilmu pengetahuan.Kalau sekadar menjadi guru memang mudah tetapi untuk menjadi pendidik yang sejati amat kecil bilangannya.Awang tertelan air liur berkali-kali apabila mengingatkan diri Awang yang selama ini memikirkan ganjaran semata-mata selain tugas.Bekas guru Awang itu tetap menyambaikan peringatan sekalipun dalam keadaan dirinya yang Awang nampak agak lesu dan letih di ranjang.Pada Awang beliau bukan sahaja idola Awang tetapi menjadi sumber insprasi Awang apabila beliau mengingatkan Awang agar sampaikan dakwah walaupun saat nyawa di kerongkongan.Kata keliau lagi sebagai guru menjadi tanggungjawab kita menyebarkan amanat Nabi SAW ini dengan kreativiti masing-masing.Dakwah bukan sahaja di dalam masjid atau atas tikar sejadah.Banyak lagi kaedah yang boleh kita applikasikan di luar sana yang menuntut kreativiti yang bukan kecil.Untuk itu sekali lagi beliau mengingatkan Awang agar sentiasa beri perangsang untuk para pelajar yang gagal memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik agar mencari alternatif membina kejayaan dari sudut yang lain.Bagi beliau kejayaan yang hakiki ialah mereka yang berupaya mengimbangi kejayaan dunia dan akhirat bukan berapa banyak sijil atau ijazah dalam gengaman.Sebagai seorang pendidik matlamat membentuk keinsanan dalam diri pendidik itulah yang lebih utama.Jika kita sentiasa memandu kehidupan atas landasan agama suci ini maka dalam diri seorang guru itu akan terserlah jiwa pendidiknya.Moga bermanfaat buat kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan