15 Februari 2010

Antara OKB dan OKS


Assalamualaikum Wmth dan salam sejahtera buat teman-teman!Awang terasa banyak pengalaman yang dilalui dalam tempoh cuti Tahun Baru Cina pada kali ini.Seperti tahun-tahun yang lampau,Awang berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan daripada pelbagai kerjaya.Bagaimanapun pertemuan kali ini merakamkan 1001 pengalaman yang amat menarik.Antara yang Awang lalui ialah ajakan teman-teman yang sudah jadi Orang Kaya Segera (OKS)setelah menyertai skim atau perniagaan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh beberapa bulan.Perkongsian pengalaman mereka ini amat menarik disebabkan kaedah duduk kedai kopi dapat duit (dkkdd) tentunya catatan menarik.Tambahan pula ada beberapa teman yang sudah memandu kereta mewah sekalipun baru beberapa bulan menyertai perniagaan tersebut.Menurut teman Awang itu dengan bermodal sekitar RM2K atau RM30k maka peluang untuk menjanakan pulangan lumayan terbuka luas.Dengan kata lain kerja makan gaji bukan lagi yang terbaik kerana hasil yang dituai jauh lebih lumayan.Terkedu juga Awang mendengarnya.Namun Awang bukan apa,dalam kalangan yang pernah bercerita pengalaman yang sama juga daripada kelompok pendidik/pensyarah atau ustaz yang amat terpesona oleh janji perubahan gaya hidup yang akan dinikmati andai kata menyertai skim yang ditawarkan itu.Awang bukan tidak tergiur untuk hidup mewah dan memperoleh sumber pendapatan 4atau 5 angka.Apa lagi tidak perlu berhempas pulas dan membanting tulang siang malam bagi merubah kehidupan yang sekian lama dihimpit keperitan dan kesengsaraan.Namun Awang harus bersyukur kerana setakat ini tidak mengemis dan dhaif amat berbanding dengan sesetengah masyarakat di negara membangun yang lain.Awang masih ingat pesanan guru-guru agama yang mengajar kita agar berhati-hati mengejar kemewahan duniawi yang sifatnya tidak kekal ini.Malah Awang masih ingat antara catatan yang dinukilkan oleh mereka iaitu jika mahu berniaga biarlah tidak menindas orang lain untuk kepentingan diri.Islam tidak mengajar penganutnya mengaut keuntungan atas kekurangan dan kejahilan orang lain.Islam mahu keadilan yang hakiki dan kesemarataan atau menang-memang antara dua pihak.Sebagai pendidik Awang harus hormati prinsip ini.Apa lagi sebagai penganut agama yang suci ini agar tidak terperangkap mainan kapitalis dan pemikir-pemikir orientalis yang sering mengambil kesempatan atas kejahilan orang Islam itu sendiri.Lebih menguatkan keyakinan Awang apabila beberapa jutawan muda yang berjaya seperti Adam Khoo,Stuart Tan,Mohd Irfan,Dr Tuah Iskandar dan lain-lainnya tidak melalui jalan pintas.Lebih menginsafkan Awang ialah Jodoh Pertemuan,Ajal- Maut dan Rezeki adalah dalam ketentuan-Nya.Kendatipun demikian apabila Awang lontarkan pandangan ini maka mereka tuduh Awang kolot dan sukar menerima perubahan oleh arus globalisasi yang memerlukan persaingan yang kuat.Awang amat insaf lagi yakin dengan apa yang dinukilkan oleh Datuk Dr Rusly Abdullah menerusi buku terkininya OKB iaitu Orang Kaya Bertaqwa iaitu Membina Perniagaan Melalui Agama Wahyu Illahi.Antara prinsip yang digariskan dalam buku tersebut ialah 1. Bersyukur itu kunci rahmat Allah SWT 2.Membina perniagaan melalui silaturahim 3.Banyakkan istighfar kepada Allah SWT 4.Membina kekayaan melalui usaha yang keras dan sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan
Oleh itu daripada segala resepi dan ramuan prinsip inilah meletakkan Datuk Dr Rusly antara ahli perniagaan yang boleh diteladani kerana bebas oleh hutang piutang.Pengalaman beliau inilah yang harus dijadikan iktibar dan panduan kekayaan yang kita kecapi dapat membina kebahagaan dunia dan akhirat.Awang bukan tidak terpesona oleh tawaran jadi Orang Kaya Segera tetapi kata orang tua-tua orang yang naik cepat biasanya jika jatuhnya memang merudum.Lagi satu saya khuatir yang dikejar tak dapat dan yang dikendung berciciran.Terlalu banyak cerita teman-teman yang terperangkap dengan tawaran begini mengalami trauma dalam hidup mereka.Tidak kurang yang fobia akibat menanggung beban hutang yang dinikmati orang lain.Kehidupan sendiri masih di takuk lama.Awang masih yakin yang pilihan Awang tetap berpaksikan di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.Awang tidak berniat memperlekehkan usaha teman-teman Awang yang sudahun dinobatkan sebagai Orang Kaya Segera tetapi sampai bila mereka boleh bertahan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan