12 Februari 2010

Antara Pangkat & Amanah


Assalamualaikum Wmth dan Selamat Sejahtera.Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan selamat bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina 2010 bagi warga tionghua.Sesungguhnya waktu begini sesuai untuk warga guru,ibu bapa dan para pelajar menggunakan ruang untuk berehat sebentar daripada bebanan sekolah yang tidak pernah susut.Pada kesempatan begini kita berpeluang bertemu dengan rakan-rakan sekerja yang mungkin berkhidmat jauh dari tempat asal dan berpeluang berkongsi pengalaman masing-masing.Sementelahan itu pengalaman rakan-rakan mungkin boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.Dengan kata lain setiap inci pengalaman teman-teman sebenarnya membuka minda untuk kita meneroka sejauh manakah kita berada di landasan yang benar mengikut arca agama khususnya Islam.
Bagaimanapun saya tertarik oleh cerita seorang teman yang pada mulanya mengisi borang kenaikan pangkat berkhidmat di pedalaman atas dasar agenda tersembunyi.Di samping mengimpikan elaun luar bandar serta selesa bekerja di luar bandar disebabkan kurang tekanan bertukar sebaliknya setelah lebih setahun berkhidmat di sana.Dengan penuh insaf guru ini bercerita yang dia amat insaf akan nasib anak didiknya yang kebanyakannya masih buta dengan perkembangan semasa.Mereka agak tertinggal dari aspek pembangunan ilmu bantu,isu-isu yang lebih relevan dengan perubahan dunia global yang agak laju daripada keupayaan pemikiran mereka yang hanya terdedah dengan asakan budaya popular dan hiburan murahan.
Sebagai menebus kesilapan itulah maka kini guru berkenaan bersedia mengorbankan sebilangan daripada elaun bulanan itu untuk diguna pakai membiayai bahan-bahan bacaan anak didiknya.Dengan harapan mereka boleh menimba maklumat dan terdedah dengan bahan bacaan semasa yang terkini sifatnya.Beliau juga berasa insaf dengan jawatan yang diamanahkan itu akan dipersoalkan di akhirat satu hari kelak.Sejauh mana kredibilitinya dengan jawatan yang dipegang dengan amanah yang terbeban di pundaknya.Akhirnya timbul kepuasan dan ketenangan dalam dirinya.Satu persatu bebanan masalah yang dihadapinya selama ini terlerai.Akhirnya terdetik dalam benak hatinya yang dia sebenarnya tiada apa-apa di dunia ini selain sebagainya hamba-Nya yang kembalinya nanti sekadar bersemai sehelai kain putih untuk diadili pada Hari Penentuan yang bakal tiba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan