29 Mei 2010

MUSIM CUTI DAN BUKU


Awang rasa tentu banyak yang gembira apabila cuti persekolahan bagi Sarawak dan Sabah pada kali ini agak panjang sedikit iaitu mencecah 3 minggu disebabkan perayaan Musim Menuai Pesta Keamatan dan Gawai Dayak.Awang menggunakan kesempatan cuti hujung minggu untuk melilau di premis jualan buku
.Awang bersyukur kerana di tempat Awang yang selama ini sukar mendapatkan buku terkini di pasaran mulai dibanjiri buku yang meletup di pasaran nasional seperti Mengemudi Bahtera Perubahan Minda,Bicara Buat Pemimpin & Rakyat karya Dr Maza,Minda Muslim Super karya Dr Danial Zainal Abdidin,Wajah Baru Politik Malaysia tulisan Mujahid Yusof sekadar mengetengahkan beberapa nama besar dalam penulisan buku isu semasa dan bersifat separa ilmiah.Memang banyak lagi nama besar yang boleh dikaitkan dengan penulisan begini seperti Dr Tuah Iskandar Al haj,Dr Fadhillah Kamsah,SH Al Attas,Allahyarham Rustam A Sani.Setiap penulis mempunyai seni penulisan tersendiri bagi memikat audiens dengan persembahan yang pelbagai corak sehingga kita teruja untuk menamatkan bahan bacaan itu secepat mungkin.

Buku-buku yang Awang sebutkan di atas bukanlah baru diterbitkan.Awang lama teringin hendak dapatkan buku tersebut di pasaran tempatan tetapi sukar sehingga perlu dibuat pesanan dari Kuala Lumpur namun yang menjadikan Awang gila mengulangi bacaan itu lantaran penerbitan berulang kali.Misalnya karya Dr Danial dikatakan paling kurang 20,000 naskah cetakan pertama dan paling tidak sampai penerbitan kali ke-9.Dr Danial dikatakan antara penulis buku separa imliah dan bermotivasi yang cukup gah kerana isi karyanya menggunakan pendekatan disiplin sains dan Al Quran.Karya beliau Al Quran Dan Sains dikatakan dicetak kali kesembilan pada tahun 2010 mencecah jualan lebih 35,000 naskhah.Manakala 7 Formula Individu Cemerlang mencecah jualan sekitar 48,000 naskhah satu rekod yang setanding dengan penulis antarabangsa.Mungkin ini rezeki beliau sekalipun kegilaan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini belum berupaya menandingi masyarakat di negara-negara maju terutama Jepun,Amerika Syarikat,Britain,Norway dan lain-lainnya.

Sebenarnya ada nama lain yang boleh disinonimkan dengan pencapaian Dr Danial dalam konteks Malaysia iaitu Dr Rusly Abdullah yang mula menonjolkan diri menerusi karyanya Jutawan Senyap dengan jualan 20,000 naskhah cetakan pertama dan kini sudah diterbitkan kali keempat manakala buah tangan terkini beliau Orang Kaya Beriman baru sahaja mencecah 28,000 naskhah sewaktu Awang menyemak rekod pencapaian penulis tanah air.

Awang kongsikan maklumat ini sekadar untuk membuka minda dan mengajak rakan-rakan yang kaki buku agar menggunakan kesempatan cuti begini untuk menzaiarhi premis buku dan membaca,Bukankah dengan membaca itu akan membuka minda kerana Membaca Itu Jambatan Ilmu.Agama Islam mula diwahyukan pun dengan surah iqraq yang mengajak Nabi Muhammad SAW agar membaca.Moga cuti ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan menambahkan ilmu.Kata bijak pandai"Berfikir sesaat itu lebih baik daripada beribadat seribu tahun".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan