05 Mei 2010

JEJAK KASIH & SIRATULRAHIM


Assalamualaikum Awang ucapkan buat teman-teman yg mungkin terbaca catatan Awang yg singkat ini.Pagi tadi sewaktu Awang memandu ke sekolah tiba-tiba Awang dihubungi teman persekolahan Awang kira-kira tiga dekad yang lalu sewaktu Awang dalamTingkatan Enam.Pengalaman tinggal di asrama dan dibesarkan oleh nasi kawah memberi pengalaman yg amat luas buat Awang dan rakan-rakan.Ketika itu Awang berada di Kuala Kangsar,Perak dan menuntut di SM Bukit Mercu bersebelaham SM Raja Muda Musa.Teman Awang ni kira junior dan beruntung hasil kerajinan dan ketekunannya dia kini bertugas dengan salah sebuah Syarikat Pengeluar Ptroleum yang cukup gah di peringkat antarabangsa.Awang bersyukur kerana dihubungi oleh teman Awang yg begitu prihatin akan erti persahabatan dan tali siratulrahim ini menguggah minda Awang agar menjaga adab persahabatan seperti yang dicanangkan oleh agama Islam.

Awang acap kali terbaca peringatan oleh penulis agama yang bercerita perihal bagaimana hendak panjangankan umur & murahkan rezeki.Antaranya ialah mengekalkan tali siratulrahim antara sesama muslim.Nabi menggalakkan umatnya berbaik-baik sesama insan adalah amata dituntut oleh agama.Malah dalam satu hadis diriwayatkan bahawa antara golongan hamba Allah ini sebenarnya ada tiga kesemuanya.Pertama orang yang terkenal di langit.Kedua yang terkenal di bumi.Mana kala kumpulan ketiga ialah yang terkenal di bumi dan di langit.
Oleh itu ustaz menjelaskan kepada Awang mereka yang dikatakan golongan terkenal di langit itu ialah golongan abid yang kuat ibadat dan elakkan diri daripada terlibat dgn amalan maksiat kepada Allah.Mereka dikenali dlm kalangan mahkluk Allah di langit dan di kalangan malaikat lantaran ibadatnya yang amat luar biasa hebatnya.Misalnya solat malam dan amalan zikir.
Golongan kedua pula adalah antara mereka yang cukup banyak kenalan di kalangan makhkluk Allah SWT di alam maya ini.Hubungan mereka dijaga dengan baik.Penuh tertib dan ringan tulang untuk membantu jika diminta.Pendek kata ke mana sahaja pergi sudah pasti dikenali ramai.Namun di kalangan makhluk di langit atau malaikat agak jarang diketahui lantaran masih melakukan amalam maksiat.Dosa pahala masih bertumpang tindih.Sekali sekala baru solat apa lagi hendak mengerjakan solat malam atau berzikir.

Mana kala golongan ketiga ini merupakan mereka yang menjaga amalan ibadat dengan mengekalkan pertalian siratul rahim sesama insan.Golongan ini agak sederhana dalam serba serbi tetapi tekal dgn amalan soleh,puasa sunat dan kuat berzikir serta solat sunat atau solat malam.Justeru mereka yang dalam golongan ini dikenali juga oleh golongan malaikat yang sentiasa membantu mendoakan kesejahteraan hamba jenis ini.Malah kalau golongan ini sampai ajalnya pintu langit akan terbuka luas.Liang lahad tersedia indah dengan iringan mahkluk di langit dan makhluk di bumi.

Oleh itu apabila ditanya kepada Rasulullah golongan manakah yang mendapat perhatian-Nya.Jadi rasul pun memberi jawapannya ialah golongan ketiga.Oleh itu apabila sdr Yusri teman sepersekolahan Awang lebih tiga dekad yang lalu itu menghubungi Awang tentu Awang tumpang gembira yang teramat sangat.Moga diketemukan satu hari kelak.Jadi hubungilah Awang jika tidak berkesempatan memadai SMS je!Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan