21 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Awang masih tergniang-ngiang akan tema perayaan Hari Guru yg diadakan setiap tahun.Realitinya perayaan Hari Guru merupakan satu manifestasi yg digunakan untuk menghargai jasa dan sumbangan guru dlm usaha mendidik anak bangsa.Sekali gus sebagai pembina masa depan generasi muda yg ada hubung kaitnya dlm membina pembangunan negara.Ini adalah kerana di tangan pendidik terletak acuan yang mencorakkan masa depan anak didik agar benar-benar dapat membantu mengangkat martabat bangsa dan negara di persada dunia.

Kendatipun demikian tuntutan budaya kerja hari ini yg tampak mengasak pendidik agar lebih kreatif dan inovatif sekali gus menenggelamkan digniti guru sebagai golongan yang amat disanjung suatu ketika dahulu.Guru dilihat sebagai orang yang besar peranannya dalam masyarakat.Guru dianggap idola yang dikatakan bayangan pemimpin kerana guru serba boleh dlm banyak perkara.Fenomena guruisme ini amat ketara melonjak dlm era 70-80-an tetapi selepas itu setelah sekian banyak golongan profesional,teknokrat,usahawan,koprat dan ahli politik dilahirkan sekali gus menengelamkan peranan guru.Guru dilihat sebagai kelas ketiga yg tampaknya tidak menjanjikan apa-apa pulangan yg menarik.Kerjaya guru merupakan "pilihan terakhir" kerana sekian banyak kerjaya yg dipohon gagal dipikat.

Apapun yg menariknya keperihatinan kerajaan terhadap guru masih belum luntur.Kerjaya guru masih dipandang mulia.Pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanakan bagi memartabatkan bidang keguruan agar dipandang tinggi oleh masyarakat.Inilah yang perlu disyukuri oleh warga pendidik.Tambahan pula acap kali kerajaan berusaha menambah baik kedudukan golongan pendidik melalui pelbagai pendekatan.Terima kasih sekali lagi kta ucapkan buat kerajaan.

Bagaimanapun dlm usaha mengetengahkan tema yg diungkapkan setiap tahun peranan guru perlu lebih ke depan dan proaktif.Di samping memiliki keperibadian yang tinggi guru perlu lebih kental,bijaksana dan sabar dlm melaksanakan tanggungjawab tanpa mengambil kira ganjaran.Usaha dan dedikasi yang mantap pasti dibayar oleh ganjaran yang jauh lebih bermakna seperti kepuasan diri dan diberkati-Nya.Namun berapa ramai guru yang jenis ini dapat dizahirkan dlm konteks masa kini?Lebih menyedihkan karenah sebilangan guru yg terbabit dgn gejala sosial yg menjijikkan tentu merosakkan imej guru di mata orang lain.Oleh itu begitu besar cabaran guru jika dibandingkan dengan tuntutan masyarakat.Semoga semua ini menjadi iktibar dan pedoman buat guru-guru yang sedia ada.Jangan nanti kerana nila setitik rosak guru sebelanga.Peribahasa ini amat sinonim dgn situasi masa kini.

Masyarakat tidak adil untuk meletakkan setiap kesalahan di bahu guru-guru.Guru bukan malaikat atau abid yang dianggap serba serbinya bersih.Sudah sampai masanya kita bina mentaliti sihat agar guru-murid-masyarakat dilihat pelengkap antara satu dengan yang lain.Dengan cara inilah tema Hari Guru mampu dicerna dengan jaya kalau betul caranya.Jadi hargailah usaha guru-guru agar mampu menjadi pembina negara bangsa seperti yang dicita-citakan.

Kata Usman Awang kita seperti hari ini segalanya bermula daripada seorang guru.Guru pembina negara bangsa matlamat kita bersama.Selamat Hari Guru 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan