07 Mei 2010

JASA GURU DAN PENGHARGAAN


Minggu ini Awang terasa amat gembira dan bersyukur kerana sehari dua ni berkesempatan diketemukan dgn kawan-kawan lama Awang semasa di alam persekolahan sekitar 30 tahun yang lampau.Awang terasa sebak apabila terbaca mesej sesetengah daripada rakan atau guru Awang sudahpun kembali ke rahmatullah.Namun Awang tetap teringat akan jasa bakti dan sumbangan baik mendidik atau membimbing Awang menjadi seorang insan yang sempurna.Namun tidak dinafikan bahawa dalam mencari kesempurnaan itulah Awang seringkali terharung onak duri kehidupan.Pahit maung dan gembira duka menjalani kehidupan terasa sesuatu yang manis untuk dijadikan bahan penulisan atau catatan sebagai renungan insan yang lain.

Kebetulan bulan ini merupakan bulan yang amat bermakna bagi golongan guru.Awang teringat guru-guru Awang yang tidak terkira banyak jumlahnya.Daripada cerita yang Awang dengar ramai yang sudah berubah kehidupan mereka.Ada yang berjaya tidak kurang yang gagal akibat pelbagai cabaran hidup yang tidak pernah susut.Lumrah alam dan fitrah kemanusiaan.Kebetulan seorang guru Awang tiba-tiba menghubungi Awang pada suatu malam.Kebetulan Awang cuba menghungi beliau sebelum ini kerana bagi Awang lebih molek kalau seorang murid hubungi gurunya.Jadi dalam sibuk-sibuk Awang mendapatkan maklumat yang lainnya guru Awang tadi menelefon Awang.Kami tidak pernah berjumpa selepas Awang menamatkan persekolahan Awang semasa tingkatan 5 lagi.

Awang amat gembira kerana sebagai murid kalau seorang guru menghubungi kita terasa tersentuh kerana jasa guru perlu dihargai.Awang amat menghormati semua guru Awang.Semoga Allah SWT membalas jasa baik mereka dalam mendidik Awang dahulu.Lebih Awang ingat kerana pengorbanan mereka juga menjadikan Awang amat insaf betapa sukarnya menjadi guru pada era ini.Doa Awang agar dapat diketemukan sebahagian daripada mereka yang selama ini tidak pernah jemu mengajar Awang agar mencari ilmu dengan sabar dan tekun.Moga guru-guru ini dirahmati Allah SWT sepanjang hayat.Selamat meraikan Hari Guru yang bakal menjelang 16 Mei ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan