13 April 2010

ANAK GELADANGAN ANTARA SIMPATI &KASIHAN

Awang baru-baru ini singgah di salah sebuah kedai makan kerana baru balik menghadiri satu mesyuarat penting di sekolah.Dalam kesibukan membuat pesanan makanan dan minuman,Awang tiba-tiba dikejutkan oleh suara kecil yang muncul di sisi Awang."Pak cik,pak cik boleh berikan saya RM1",ujarnya beberapa kali.Awang lantas membuang pandang ke arahnya.Awang agak terkedu sekejap kerana yang ada di depan mata merupakan anak kecil yang Awang kira dalam usia 8 atau 9 tahun bersandarkan rupa fizikalnya.Namun Awang masih was-was kalau-kalau budak itu tersesat dan lari daripada orang tua yang membawanya berjalan-jalan.Rupanya yang agak comot dan pakaiannya yang tidak terurus membuat simpati menjelma dalam diri Awang secara mendadak.
"Adik mahu RM 1 nak buat apa?" tanya Awang sengaja menduga kejujurannya.Budak itu seolah-olah gelisah ditanya begitu.Namun Awang cuba memegang dan menariknya agar rapat dengan tempat Awang duduk.Dua orang rakan Awang menjeling penuh curiga.
"Nak beli makanan.Adik lapar nak cari makanan.Tapi dapat minum pun boleh juga!"jawabnya petah.
"Adik tak sekolah ke?Ayah atau ibu di mana?"balas Awang sepontan bagai tidak dirancang.Sekali lagi Awang memandang ke arah budak itu sekali lagi.Simpati menjelma berbaur sedih dan kasihan kerana anak yang seusia itu sepatutnya sedang berada di sekolah pada waktu begitu.
"Sekolah masa tadika je!Lepas ayah ceraikan mak,adik tinggal dengan ayah.Ayah kerja angkut barang,jarang di rumah.Kami tinggal seberang Dewan Suarah bekas berek ditinggalkan tapi tumpang berteduh di situ.Ayah tak mampu beli rumah.Gaji ayah tak seberapa.
"Jadi adik tinggal seorang diri sekarang?"tanya Awang ingin tahu lebih lanjut.Pelayan yang membawa pesanan datang lalu menghidangkan pesanan yang kami pesan tadi.
Awang pujuk adik kecil itu duduk dan Awang pesankannya teh ais dengan nasi goreng ayam.Budak itu gelengkan kepalanya beberapa kali.Awang nampak dia amat keletihan kerana jarak tempat kedai Awang minum itu kira-kira 12km pergi-balik.Budak itu mulai senyum dan dalam masa yang sama Awang hulurkannya RM2 tetapi segera ditolaknya kerana dia mahu RM 1 sahaja.Awang pujuk tetapi dia tetap tak mahu.Kemudian sebaik sahaja pelayan datang membawa pesanan barangan dia segera minum minuman yang dipesan dengan rakusnya kerana mungkin kehausan.Saya minta dia pesan lagi tetapi dia tolak dengan baik dan minta diri balik ke rumah.Awang bagai didatangi mimpi siang hari.
Awang simpati dan kasihan akan nasib kanak-kanak itu kerana dia terbiar tanpa jagaan orang tua.Sedih tersisip di tangkai hati melihat caranya minum dan pakaian yang dipakainya lusuh dan buruk.Anak geladangan semuda itu bukan sahaja satu fenomena baru menular ke dalam masyarakat di tempat Awang.Keadaan ini memberi petanda masalah sosial yang baru akan merebak dekad yang akan datang.Maksud Awang pengemis muda @anak-anak geladangan yang hidup terbiar.Jika keadaan ini dibiarkan berterusan sudah tentu negara akan mendepani satu lagi bahana sosial yang merisaukan.Awang amat insaf terhadap anak didik Awang yang masih bersekolah dan tidak terjebak gejala ponteng sekolah.Antara simpati dan sedih serta kasihan berbaur dalam ingatan Awang sewaktu memandu pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan