09 April 2010

GURU DAN TEKANAN KERJA


Awang bukan pelik apabila isu bebanan kerja guru-guru sering menjadi perhatian media massa belakangan ini.Kemelut dan bebanan guru bukannya retorik kerana memilih kerjaya sebagai pendidik memerlukan pakej yg serba-serbi lengkap.Pendidik hari ini bukan sahaja memerlukan daya intelek (IQ)yang tinggi malah emosi (EQ) dan sahsiah perlu digilap hari demi hari bagi memastikan jati diri sebagai pendidik yang sejati dapat dicungkil.Hari ini krisis nilai dalam kalangan guru dan masyarakat sekali gus turut memberi kesan yang cukup besar ke atas kerjaya ini.Hal ini Awang sengaja sentuh sebagai satu teguran ikhlas buat sebilangan kecil guru yang menghadapi masalah fokus dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.Namun bukan kecil bilangan guru yang komited terhadap kerjaya mereka.Malah ada yang rela mengorbankan sebahagian masa,tenaga dan wang ringgit untuk mendidik anak bangsa menjadi insan.

Awang teruja oleh komen rakan Awang yang seorang ini yang membebel-bebel kerana berasa tersalah pilih kerjaya.Awang lihat rakan Awang ini kerap mengeluh kerana beban kerjaya yang berganda sedangkan apa yang Awang perhatikan dia lebih banyak bersembang jika free,buku latihan para pelajar bersepah tidak disemak dan lebih mengecewakan kerap MC dan tidak hadir jika ada aktiviti kokurikulum.Jauh sekali dilantik sebagai guru tingkatan.

Namun jika masuk kelas rakan Awang seorang inilah kerap membawa beberapa orang pelajar kelasnya yang nakal untuk ditangani oleh guru disiplin atau PK HEM atas alasan mereka malas belajar sedangkan Awang lihat rakan Awang yang seorang ini duduk mengajar dan berbual-bual kosong dengan pelajar.

Awang sentuhkan isu ini kerana tidak gemar dengan gelagat guru jenis ini.Mulutnya asyik mempersoalkan apa juga tindakan pentadbir yang pada tanggapannya gagal mentadbir sekolah dengan baik.Pihak PPD dituduhnya pula gemar lepas tangan dan seribu satu macam tohmahan yang tidak wajar dicakapkan oleh seorang bernama guru.Perasit jenis ini perlu dikesampingkan demi maruah dan kepentingan dunia pendidik.

Dalam usaha PM mempertingkatan kualiti penjawat awam sudah sampai masanya guru jenis ini dihantar untuk dikursuskan semula bagi menjenamakan jati dirinya sebagai seorang guru agar lebih berjiwa pendidik yang sejati.Awang terfikir juga mungkin rakan Awang ini bukan berminat sebagai guru ketika memohon jawatan ini tetapi disebabkan tiada pilihan lain maka gurulah jawatan pilihannya.Akhirnya guru jenis inilah yang merosakkan imej dan kredibiliti profesion keguruan.Moga rakan Awang ini diberi hidayah dan petunjuk agar menjadi guru yang sejati dan di atas landasan yang betul.Awang tabik dan ucap tahnai buat semua guru yang masih berhati mulia,taat dan patuh terhadap tugas dan sabar dengan beban tugas yang berganda kerana balasan akan kita tuai satu masa nanti jika kena caranya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan