11 April 2010

MASALAH MEROKOK DLM KALANGAN REMAJA


Isu yg tak pernah lekang dpd fokus media massa tentang dunia pelajar pada masa kini ialah kegiatan merokok dan minum arak dalam kalangan sebilangan pelajar sekolah.Kemelut moral yg dianggap masih berleluasa di kebanyak sekolah di negara ini sebenarnya memerlukan komitmen semua pihak terutama ibu bapa,guru-guru dan penguasa masyarakat.Dalam satu kajian yg dibentangkan dlm satu forum antidadah peringkat Bahagian Sarawak yg Awang hadiri baru-baru ini difahamkan sekitar 10% hingga 15% pelajar dikesan merokok setiap tahun.Angka ini membayangkan kempen besar-besar melalhui katakan Tak Nak Pada Rokok ternyata masih belum mencapai sasaran yg diharapkan.Pada masa yg sama sekian banyak wang ringgit dilaburkan untuk melebarkan kesedaran orang ramai akan bahaya merokok dan demikian juga masalah minum arak.
Awang kadang-kadang tertanya-tanya juga akan hala tuju generasi muda hari ini yang kebanyakannya masih mengekalkan budaya silam yang pada tanggapan Awang kurang bermanfaat.Antaranya merokok sebagai satu lambang kedewasaan sudah lama berkubur.Awang nyatakan hal ini disebabkan ramai kawan Awang yang dulunya ketagih rokok lebih gemar memilih gaya hidup sihat malah berhempas pulas mencari jalan untuk berhenti merokok.Kebetulan pula harga rokok yang saban tahun melambung-lambung harganya dan kualiti rokok yang diasilkan semakin susut.Dengan kata lain kandungan tar,narkotin yg diadun tiada piawai bagi rokok yg tiada jenama.
Di samping itu ketika majlis keramaian di kpg-kpg tiada lagi trend menyajikan rokok sebagai satu cara memeriahkan majlis kerana rata-rata yg sudah sedar akan bahaya rokok enggan menghidangkannya di majlis keramaian begitu.Demikian juga tabiat minum minuman keras pada musim perayaan agama juga sudah lama disingkirkan sebagai satu amalan yg boleh diterima umum.Islam lebih-lebih lagi keras larangannya terhadap penagih arak.
Pendedahan TV3 mengenai sebilangan pelajar sekolah yg merokok di pinggir bandar raya Kuching pada 10hb April yang lalu tentunya membuka mata semua pihak agar tidak menyerahkan bulat-bulat masalah pelajar di tangan guru-guru.Tambahan pula guru-guru lebih banyak yg perlu diberi perhatian di sekolah berbanding dengan perkara di luar sekolah.
PIBG dan Majlis Permuafakatan Ibubapa perlu mencari alternatif terbaik agar semua isu yg berkaitan dunia pelajar diselesaikan secara berhemah bukannya asyik menuding jari antara satu dengan yang lain.Perkara ini merupakan kepentingan masyarakat kerana generasi hari ini bakal menjadi pemimpin akan datang.
Sudah sampai masanya pihak berwewenang menggunakan pendekatan bersepadu bagi membendung tabiat merokok dalam kalangan remaja dapat dibendung.Misalnya peruncit,penjual,ibu bapa,guru dan penguasa tempatan dan pihak polis perlu sama-sama duduk semeja bagi mencari titik temu jalan penyelesaian yg terbaik.Era banyak bercakap dpd bertindak perlu dihakis demi membina generasi masa depan yg cemerlang.Oleh itu isu merokok dan arak dalam kalangan pelajar adalah masalah kita bersama.Ayuh mulakan langkah membanteras gejala ini dpd terus menagakar umbi dalam jiwa anak-anak muda kita.

1 ulasan: