10 April 2010

KONSERT PERDANA DAN RIMUP


Assalamualaikum Wmth.Apa khabar guru-guru sekalian.Awang baru sahaja diundang untuk menyaksikan konsert perdana anjuran sebuah sekolah di mana tempat Awang mengajar.Konsert Perdana bertemakan "Ekspresi Dirimu"bagi Awang satu usaha yang di luar kotak minda masyuarakat masa kini.Ini adalah kerana dalam keghairahan anak-anak muda mencari jati diri mereka timbul masalah remaja kian liar,terlibat dgn gejala sosial yang di luar adab tatasusila masyarakat dan seribu satu krisis nilai moral yang sukar diketengahkan dalam catatan pendek ini.Awang tabik kepada usaha murni guru-guru dan anggota PIBG sekolah yg satu ini kerana merealisasikan program RIMUP(Rancangan Integrasi Murid) di samping menunaikan hasrat KPM mahu PIBG dan Sekolah melaksanakan aktiviti kebersamaan dgn sokongan institusi setempat.Awang tertarik dgn usaha begini ialah Konsert Perdana ini mengetengahkan remaja dan guru-guru yg berbakat dlm bidang seni untuk mempersembahkan kreativiti mereka sebebas yang boleh namun masih berlandaskan panduan Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi Awang program ini membuka ruang untuk remaja yg selama ini gagal mengetengahkan kebolehan mereka untuk membuktikan yg diri mereka ada potensi lain yang di luar pandangan guru-guru disebabkan kegagalan mereka dlm akademik.Namun syukur bagi remaja yang seimbang keupayaan mereka dalam bidang seni dan sekali gus berkebolehan dlm bidang akademi.
Progam ini mengingatkan zaman Awang dahulu yang bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran akademik tetapi turun diberi peluang membuat persembahan dalam bidang seni terutama nyanyian dan drama.Rasanya Konsert Perdana ini setakat ini boleh tahan kerana difahamkan sejumlah lebih 360 orang pelajar dan 120 orang guru dilibatkan bagi menzahirkan usaha yg benar-benar mantap.Awang agak terkejut melihat remaja dan adik-adik yang boleh bermain alat-alat muzik,menjadi pengacara dan dj yang cukup berbakat.Pengalaman begini amat jarang diperoleh oleh mana-mana pelajar yg sibuk dgn bidang akademik sahaja sehingga ramai pelajar tertekan dan bosan berada di sekolah.
Bagi Awang konsert ini akan lebih bermakna jika diwarnai oleh lakonan drama sebabak.lawak jenaka dan adegan spontan yang melucukan.Tujuan utama adalah untuk berhibur di samping mengetengahkan bakat serta budaya pelbagai suku kaum di negara ini.Komponen budaya ini boleh dicantumkan sebagai memenuhi matlamat slogan 1 Malaysia di samping memenuhi matlamat RIMUP yg cuba menggabungkan sumbangan luar dengan pihak sekolah itu sendiri.Syabas dan tahniah buat warga sekolah berkenaan.Cuma lain kali perincikan syarat bahawa para pelajar yg kurang kes disiplin sahaja layak melalui tapisan untuk membuat persembahan demi menjaga imej sekolah di mata masyarakat.Paling menarik lagi jika beberapa pelajar sekolah rendah berdejatan dibawa bersama-sama untuk mengongsikan pengalaman luar biasa ini yang jarang tercetus di minda kotak dalaman kita.Tahniah dan syabas buat semua warga sekolah berkenaan dan rakan anggota PIBG yang kreatif lagi inovatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan