01 April 2010

KE MANA HALA TUJU PROFESION KEGURUAN?


Assalamualaikum Wmth. Apa khabar warga pendidik sekalian?Semoga anda sekalian sihat dan dapat menjalankankan tugas penuh sabar dan jadikan rutin hidup yang abadi.Tidak perlu diungkit-ungkit dan disungut jika masalah timbul.Gunakan saluran yang betul.Awang bicarakan isu guru dalam tulisan kali ini ekoran terlalu banyak rungutan,keluhan dan rintihan yang dipaparkan dalam media tentang beban tugas guru yang berganda/masalah kelas yang sesak dan gaji guru senior yang tidak setimpal berbanding guru-guru junior.Malah peluang kenaikan pangkat guru-guru senior seakan-akan terhad dan tidak secerah guru-guru senior.Fenomena ini menggambarkan sesuatu yang tidak kena terhadap profesion yang kita sayangi ini.Sudah sampai masanya pihak atas dengan kerjasama Kesatuan Guru menggembelengkan tenaga,turun padang melihat dan menjenguk masalah anak buah daripada diperam sehingga boleh menjadi barah dan nanah.

Kita sedar profesion keguruan merupakan tugas mulia.Kaedah mendidik pada hari ini memerlukan komitmen yang serba lengkap.Pakej diri untuk menjadi pendidik yang unggul bukan sahaja berpengetahuan luas,terbuka minda,sabar dan rajin membuat penyelidikan demi masa depan anak didik.Dalam masa yang sama ada sebilangan guru sanggup mengorbankan wang ringgit sendiri untuk membeli bahan pengajaran,membuat salinan foto bahan bantu mengajar,membiayai yuran anak yatim tanpa pengetahuan pihak pentadbir.Semua ini tidak didedahkan demi pengorbanan dan niat suci mereka sebagai pendidik berhati waja.Moga Allah SWT balas budi baik guru jenis ini.Sebahagian lagi rela bersengkang mata hingga larut malam semata-mata menyemak dan membuat kerja rumah untuk persiapan hari esok.Namun setakat mana guru-guru dapat bertahan dengan beban kerja bertambah sedangkan kebajikan mereka

juga perlu diambil peduli.

Sedih juga apabila seorang rakan Awang,bekas penjawat awam yang pernah menjadi pegawai keselamatan berubah angin menjadi pendidik terkejut kerana menyangka kerja guru lebih banyak rehat dan banyak cuti.Beliau mulai sedar betapa menjadi guru kebajikan keluarga lebih banyak terabai berbanding kerjaya yang diceburinya dahulu.Awang tidak hendak memberi komen apa-apa tentang kenyataan rakan Awang yang satu ini.Bagi Awang selagi dunia masih sudi menerima Awang untuk menjadi pendidik moga Awang menjadi pendidik yang berjiwa besar dan selamanya menjadi guru hingga akhir hayat Awang.
Setakat ini Awang rasa jalan terbaik ialah Kesatuan Guru dan pihak berwewenang dalam profesion mulia ini perlu duduk semeja mencari titik penyelesaian terbaik.Malah setiap isu yang dibangkitkan perlu disalurkan secara berhemah agar kedua-dua belah pihak dapat menerima hakikat jalan penyelesaian yang diputuskan memenangi hati kedua-dua belah pihak.Pihak Kesatuan Guru perlu turun padang meminta pandangan anak buah masalah yang dihadapi.Beban tugas guru bandar dan di luar bandar.Komitmen guru-guru di sekolah ramai murid dengan kurang murid serta seribu satu masalah yang boleh dipecah-pecahkan agar titik
penyelesaian dapat dicari.


Sikap suka menyerlahkan masalah sambil menuding jari ke arah satu pihak bukan cara terbaik untuk menagani isu yang dibangkitkan.Kita perlu teladani sikap PM yang kurang bercakap perkara yang remeh tetapi rela turun padang mendekati orang bawahan untuk mengetahui kemelut yang dihadapi oleh masyarakat.Oleh itu slogan "Masyarakat didahulukan,pencapian diutamakan"perlu diberi pandang terhadap warga pendidik.Di tangan pendidik terletak acuan yang bakal membina generasi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang.Semoga warga pendidik tidak terasa mereka di kesampingkan sehingga tercetus protes dalaman yang mencetuskan masalah yang jauh lebih besar.Perlu diingat sumbangan warga pendidik besar dalam membentuk wajah masyarakat.Jika tersalah pilih akan memberi impak besar terutama dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan dan negara.Moga warga pendidik sentiasa lebih waras dalam tindan tanduk dan apa juga keputusan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan