17 April 2010

PERBARISAN LINTAS HORMAT & KEM BINA JATI DIRI

Awang berasa teruja untuk menulis perihal dua aktiviti kokurukum yang dilangsung oleh sebuah sekolah dan PPD di tempat Awang bertugas.Aktiviti perbarisan lintas hormat anjuran sebuah sekolah yg melibatkan sekitar 500 peserta tentunya agak tidak masuk akal dan mustahil dibuat dlm sebuah sekolah yg dlm masa yang sama berlangsung kelas-kelas tambahan bagi para pelajar PMR di sekolah berkenaan.Awang amat teruja dgn pengurusan guru-gurunya yang begitu komuited sehinggakan perbarisan lintas hormat,pertunjukan kawat kaki dan sebagainya berjalan begitu tertib seolah-olah Awang berada di padang kem tentera atau polis.
Selama lebih 22 tahun berkecimpung dlm arena pendidikan inilah kali pertama Awang menyaksikan acara perbarisan badan beruniform dan persatuan sekolah yang agak luar biasa tertib dgn komitmen para pelajarnya yang tidak kenal erti putus asa.Malah sepanjang lebih 3 jam di padang dalam bahan mentari yang terik memancar bilangan pelajar yang pengsan hampir tidak ada.Awang dimaklumkan perbarisan badan beruniform itu dibuat sebagai memenuhi arahan KPM sendiri yang menggalakkan para pelajar terlibat dlm kegiatan kokurikulum secara berhemah dan cuba mencungkil bakat muda yang berpotensi tinggi.
Pasukan Kadet Polis dan Kadet Remaja Bersatunya amat segak dengan pakaian yang begitu indah dengan gaya yang benar-benar seperti anggota keselamatan di luar sekolah.Menurut cerita yang Awang dengar rahsianya mereka dilatih oleh jurulatih luar dan berlatih hampir dua jam setiap hari.Secara tidak langsung mengingatkan Awang akan sesetengah sekolah yang hanya mencatatkan aktiviti tetapi habuk pun tarak,komen Pengetuanya dengan bangga.
Sebelum itu pada sebelah malam Awang diundang menyampaikan ceramah kepada 80 orang peserta kem bina semangat yang rata-ratanya dihadiri oleh remaja muslim terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang keluarga yang berbeza.Sewaktu Awang berceloteh ramai yg kelihatan letih kerana penat dengan riadah di luar namun rata-rata mengakui itu pengalaman mereka.Bagi Awang aktiviti begini memberi pendedahan buat generasi muda akan kehidupan sebenarnya di luar sana kerana mereka akan menjadi anggota masyarakat satu hari nanti.
Awang doakan agar semua warga pendidik contohi sumbangan murni guru-guru yang aktif dari sekolah-sekolah ini agar dijadikan panduan.Moga impian dan harapan KPM menjadi realiti dan bukannya hanya atas kertas sahaja.Ingatlah generasi hari ini bakal menjadi pemimpin akan datang.Mereka perlu tahan diuji oleh massa dan keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan